Saturday, 28 July 2012

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI ( Membaca)

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA-SK
KEMAHIRAN
Membaca
BAND
3
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui,memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B3 DB1 ;
Membaca, memahami dan mengenalpasti idea daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B3 DB1 E1 :
Menyatakan idea daripada bahan yang dibaca
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
 lembaran kerja (Contoh dialog)

Langkah Pentaksiran:
Murid membaca dialog.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA-SK
NAMA;........................................................    TARIKH;...............   
KELAS;................................
RUJUKAN  : B3 DB1 E1
ARAHAN ; Baca dialog dan jawab soalan secara lisan.

Ahmad : Selamat pagi Abu.
Abu      : Selamat pagi.
Ahmad : Saya lihat setiap petang kamu sibuk. Apa yang   
              kamu buat?
Abu      : Setiap petang saya membantu bapa saya di
       kebun.
Ahmad  : Sejak bilakah kamu menolong bapa kamu
berkebun?
Abu       : Tiga bulan yang lepas.

Ahmad   : Apakah tanaman yang ditanam oleh bapa kamu?
Abu       :  Macam-macam ada. Sawi, timun, kacang  
                panjang, tomato dan cili.
Ahmad    : Selain kamu, siapa lagi yang membantu bapa di  
                 kebun?
Abu        ; Emak, abang dan kakak turut membantu bapa di 
                 kebun.
Ahmad     : Oh, rajinnya mereka!
Abu         : Abang dan kakak sedang bercuti semester 
                 sekarang.

Ahmad     ; Tentu kamu mendapat banyak wang daripada   
                   hasil jualan sayur tersebut?
Abu          : Adalah sikit, tetapi wang tersebut saya
                  simpan di bank.
Ahmad      : Baiklah Abu, saya hendak ke kedai. Ada
    barang yang hendak dibeli.
Abu          : Saya pun hendak ke kebun. Jumpa lagi.
Contoh ransangan :
1.    Dialog ini menceritakan tentang apa?
2.  Siapakah yang berbual?
3.  Mereka berbual di mana?
                                                     


No comments:

Post a Comment