Saturday, 28 July 2012

Band-Band Pentaksiran II



2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.



2.1.1 Membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul.


                 
Band 1
Murid dapat meneliti kad bentuk-bentuk dan abjad yang ditunjukkan oleh guru.

Band 2
Murid dapat mengecam bentuk-bentuk dan abjad.

Band 3
Murid dapat membaca bentuk-bentuk dan abjad dengan betul dengan bimbingan guru.

Band 4
Murid dapat membaca bentuk-bentuk dan abjad dengan betul.

Band 5
Murid dapat membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan betul.

Band 6
Murid dapat membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan betul dan jelas.

                 
2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

Band 1
Murid dapat mengeja suku kata terbuka.

Band 2
Murid dapat membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

Band 3
Murid dapat mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata terbuka.

Band 4
Murid dapat mencantumkan suku kata yang diberi bagi membentuk perkataan.

Band 5
Murid dapat mencantumkan dan mengeja suku kata   yang diberi bagi membentuk perkataan.
Band 6
Murid dapat mencantumkan dan mengeja suku kata   yang diberi bagi membentuk perkataan dengan intonasi yang betul.


2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.

Band 1
Murid dapat mengeja suku kata tertutup.

Band 2
Murid dapat membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.

Band 3
Murid dapat mencantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata tertutup.

Band 4
Murid dapat mencantumkan suku kata tertutup yang diberi bagi membentuk perkataan.

Band 5
Murid dapat mencantumkan dan mengeja suku kata tertutup yang diberi bagi membentuk perkataan.
Band 6
Murid dapat mencantumkan dan mengeja suku kata tertutup yang diberi bagi membentuk perkataan dengan intonasi yang betul.


2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan
ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.



2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

                 
Band 1
Murid dapat membaca dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mendengar dan menyebut mengikut guru dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat mengeja dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung berpandukan perkataan yang disebut oleh guru.

Band 4
Murida dapat menggaris dan membaca suku kata diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.

Band 5
Murid dapat memadankan dan membaca suku kata bagi membentuk perkataan.

Band 6
Murid dapat mencari, menggabung, menggaris, mengeja dan membaca perkataan dengan betul.


2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Band 1
Murid dapat membaca perkataan diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat membaca perkataan dan menyebut mengikut guru suku kata, diftong, vokal berganding, digraf yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat mengeja perkataan yang disebut oleh guru.

Band 4
Murid dapat menggaris dan mengeja suku kata diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.

Band 5
Murid dapat memadankan dan membaca perkataan bagi membentuk frasa.

Band 6
Murid dapat mencari, menggabung, menggaris, mengeja dan membaca frasa dengan betul.


2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Band 1
Murid dapat membaca contoh ayat tunggal yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat membaca semula ayat tunggal yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat membaca ayat tunggal berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat membaca ayat tunggal berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat menyusun dan membaca ayat tunggal dengan betul.

Band 6
Murid dapat menyusun perkataan bagi membentuk frasa dan membentuk ayat tunggal dengan intonasi yang betul.


2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.



2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Band 1
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan dengan lancar.

Band 3
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan dengan lancar, dan sebutan yang jelas.

Band 4
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan dengan lancar, dan sebutan yang jelas dengan intonasi yang betul.

Band 5
Murid dapat menyambung ayat dan membacanya dengan kuat dan sebutan yang jelas.

Band 6
Murid dapat menyambung ayat dan membacanya dengan kuat dan sebutan yang jelas dengan intonasi yang betul.


2.3.2 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.


Band 1
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar.

Band 3
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, dan sebutan yang jelas.

Band 4
Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, dan sebutan yang jelas dengan intonasi yang betul.

Band 5
Murid dapat menyambung ayat dan membacanya dengan kuat dan sebutan yang jelas.

Band 6
Murid dapat menyambung ayat dan membacanya dengan kuat dan sebutan yang jelas dengan intonasi yang betul.


2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.



2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.

Band 1
Murid dapat membaca teks dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat bercerita dengan menggunakan ayat tunggal di bawah bimbingan guru.

Band 3
Murid dapat mengenalpasti isi penting dalam cerita atau petikan.

Band 4
Murid dapat menyusun isi-isi cerita ikut urutan.

Band 5
Murid dapat menyusun dan membaca semula isi-isi cerita ikut urutan dengan betul.

Band 6
Murid dapat menyusun dan membaca semula isi-isi cerita ikut urutan dengan betul dengan intonasi yang betul.


2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.


                 
Band 1
Murid dapat membaca bahan yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membaca bahan yang diberi tanpa bimbingan guru.

Band 3
Murid dapat membaca dan memahami bahan yang dibaca.
Band 4
Murid dapat membezakan maklumat-maklumat yang diberi.

Band 5
Murid dapat mengklasifikasi mengikut kumpulan.

Band 6
Murid dapat membaca dan mengklasifikasi mengikut kumpulan dengan intonasi yang betul.
 

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan.




Band 1
Murid dapat membaca bahan bacaan yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membaca bahan bacaan yang diberi tanpa bimbingan guru.

Band 3
Murid dapat menyatakan maklumat yang bersurat dalam bahan bacaan.

Band 4
Murid dapat mengecam dan menyebut maklumat yang terdapat dalam petikan.

Band 5
Murid dapat menyenaraikan maklumat daripada bahan mengikut urutan.

Band 6
Murid dapat membaca semula maklumat dengan intonasi yang betul.


2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.



2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.


                 


Band 1
Murid dapat membaca bahan grafik yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membaca dan memahami bahan grafik yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 3
Murid dapat melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Band 4
Murid dapat membaca ayat yang telah dilengkapkan dengan betul.

Band 5
Murid dapat membaca ayat yang telah dilengkapkan dengan betul dan sebutan yang jelas.

Band 6
Murid dapat membaca ayat yang telah dilengkapkan dengan betul dan sebutan yang jelas dengan intonasi yang betul.


2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul.

Band 1
Murid dapat membaca bahan grafik yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membaca dan memahami bahan grafik yang diberi dengan bimbingan guru.
Band 3
Murid dapat bersoal jawab berdasarkan bahan grafik.

Band 4
Murid dapat melengkapkan bahan grafik dengan betul.

Band 5
Murid dapat membaca dan melengkapkan bahan grafik dengan betul.

Band 6
Murid dapat membaca dan melengkapkan bahan grafik dengan betul dengan intonasi yang betul.

No comments:

Post a Comment