Saturday, 28 July 2012

Band-Band Pentaksiran III



3.1 Asas menulis dengan cara yang betul.



3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas.


                 


Band 1

Band 2
Murid dapat meneliti garisan dan corak dalam gambar serta melakarnya dengan hujung jari di udara.

Band 3

Band 4
Murid dapat menyambung titik-titik garisan untuk membentuk corak dan bentuk dengan kemas.

Band 5
Murid dapat menyambung titik-titik garisan untuk membentuk corak dan bentuk dengan kemas dan jelas.

Band 6
Murid dapat melakar bentuk dan corak dengan kemas dan jelas dengan menggunakan pensel warna.


3.1.2 Membentuk garisan yang menyerupai bentuk huruf dengan kemas dan jelas.




Band 1
Murid dapat meneliti garisan yang menyerupai bentuk huruf.

Band 2
Murid dapat mengecam dan menyebut huruf yang menyerupai garisan tersebut.

Band 3
Murid dapat menyurih garisan dengan hujung jari.

Band 4
Murid dapat membentuk huruf daripada tanah liat atau doh.

Band 5

Band 6


3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.



3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas.








Band 1
Murid dapat menulis huruf di udara atau di atas pasir.

Band 2
Murid dapat menyambung titik-titik untuk membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul.

Band 3
Murid dapat mewarnakan huruf besar dan huruf kecil yang sama seperti yang ditunjukkan oleh guru.

Band 4
Murid dapat menyalin huruf besar dan huruf kecil yang diberikan ke dalam buku garis empat secara mekanis.

Band 5
Murid dapat menyalin huruf besar dan huruf kecil yang diberikan ke dalam buku garis empat secara mekanis dengan cara yang betul.

Band 6
Murid dapat menyalin huruf besar dan huruf kecil yang diberikan ke dalam buku garis empat secara mekanis dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas.


3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.





Band 1
Murid dapat menulis huruf di udara atau di atas pasir.

Band 2
Murid dapat menulis huruf dengan kemas.

Band 3
Murid dapat menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul.

Band 4
Murid dapat menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan kemas.

Band 5
Murid dapat menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul, kemas dan jelas.

Band 6
Murid dapat melengkapkan suku kata terbuka dengan tulisan yang betul, kemas dan jelas.


3.2.3 Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.




Band 1
Murid dapat menulis huruf di udara atau di atas pasir.

Band 2
Murid dapat menulis huruf dengan kemas.

Band 3
Murid dapat menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul.

Band 4
Murid dapat menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan kemas.

Band 5
Murid dapat menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul, kemas dan jelas.

Band 6
Murid dapat melengkapkan suku kata tertutup dengan tulisan yang betul, kemas dan jelas.


3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.



Band 1
Murid dapat menulis suku kata di udara atau di atas pasir.

Band 2
Murid dapat menulis suku kata dengan kemas.
Band 3
Murid dapat menulis perkataan (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan cara yang betul.

Band 4
Murid dapat menulis perkataan (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan cara yang betul dan kemas.

Band 5
Murid dapat menulis perkataan (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan cara yang betul, kemas dan jelas.

Band 6
Murid dapat melengkapkan perkataan (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan tulisan yang betul, kemas dan jelas.


3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
Band 1
Murid dapat menulis perkataan dengan betul.

Band 2
Murid dapat menulis perkataan dengan betul dan kemas.

Band 3
Murid dapat menulis frasa (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan cara yang betul.

Band 4
Murid dapat menulis frasa (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan cara yang betul dan kemas.

Band 5
Murid dapat menulis frasa (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan cara yang betul, kemas dan jelas.

Band 6
Murid dapat melengkapkan frasa (yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung) dengan tulisan yang betul, kemas dan jelas.


3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.

Band 1
Murid dapat menulis frasa dengan betul.

Band 2
Murid dapat menulis frasa dengan betul dan kemas.

Band 3
Murid dapat menyusun perkataan untuk membentuk ayat tunggal.

Band 4
Murid dapat menyalin ayat tunggal yang disusun dengan betul.

Band 5
Murid dapat menulis ayat tunggal dengan betul.
Band 6
Murid dapat menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.


3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.



3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.



Band 1
Murid dapat menulis suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membina perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup.

Band 3
Murid dapat melengkap suku kata terbuka dan tertutup dalam perkataan.

Band 4
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

Band 5
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.

Band 6
Murid dapat melengkap dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.


3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.


                 

Band 1
Murid dapat menulis suku kata yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membina perkataan yang mengandungi suku kata yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung.

Band 3
Murid dapat melengkap suku kata   yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perkataan.

Band 4
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi suku kata yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.

Band 5
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi suku yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan kemas.

Band 6
Murid dapat melengkap dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan kemas.

3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan betul.

Band 1
Murid dapat membina frasa dengan bimbingan guru.
Band 2
Murid dapat menulis frasa dengan betul.

Band 3
Murid dapat memadankan frasa berpandukan gambar dengan betul.

Band 4
Murid dapat memadan dan menulis frasa berpandukan gambar dengan betul.

Band 5
Murid dapat memadan dan menulis frasa dengan betul dan kemas.

Band 6
Murid dapat melengkap dan menulis frasa dengan betul dan kemas.

Band 1
Murid dapat membina ayat berdasarkan rangkai kata berpandukan gambar yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 2
Murid dapat membina ayat berdasarkan gambar.

Band 3
Murid dapat menulis ayat tunggal berdasarkan gambar.

Band 4
Murid dapat menyusun ayat tunggal atau ayat majmuk berpandukan gambar dengan betul.

Band 5
Murid dapat menulis ayat tunggal atau ayat majmuk berpandukan gambar dengan betul.

Band 6
Murid dapat membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.


3.4 Menulis imlak dengan tepat.




3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.


Band 1
Murid dapat mendengar suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mengeja dan mengikut suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka atau tertutup yang disebut oleh guru.

Band 4
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka atau tertutup.

Band 5
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

Band 6
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.


3.4.2 Menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.


Band 1
Murid dapat mendengar perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mengeja perkataan yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat mengeja frasa yang mengandungi suku kata terbuka atau tertutup yang disebut oleh guru.

Band 4
Murid dapat menulis frasa yang mengandungi suku kata terbuka atau tertutup.

Band 5
Murid dapat menulis frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

Band 6
Murid dapat menulis frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.


3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.



3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.



Band 1
Murid dapat meneliti gambar/ maklumat yang diberi.

Band 2
Murid dapat meneliti dan memahami gambar/ maklumat yang diberi.

Band 3
Murid dapat memadankan maklumat dengan gambar yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 4
Murid dapat memadankan maklumat dengan gambar yang diberi dengan betul.

Band 5
Murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan berdasarkan gambar dengan betul.

Band 6
Murid dapat mencatat maklumat yang betul berdasarkan gambar.


3.5.2 Mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan daripada pelbagai sumber.


Band 1

Band 2

Band 3
Murid dapat memadankan maklumat dengan gambar yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 4
Murid dapat membezakan jenis maklumat yang diberi.

Band 5
Murid dapat membuat klasifikasi maklumat yang diberi dengan betul.

Band 6
Murid dapat mencatat maklumat untuk membuat klasifikasi.

3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.



3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun.

Band 1
Murid dapat meneliti bahan / maklumat yang diberi.

Band 2
Murid dapat meneliti dan memahami bahan / maklumat yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 3
Murid dapat memadankan maklumat berdasarkan bahan yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 4
Murid dapat menyusun maklumat berdasarkan bahan yang diberi dengan betul.

Band 5
Murid dapat menulis maklumat mengikut urutan berdasarkan bahan yang diberi dengan betul.

Band 6
Murid dapat menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun.


3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun.


Band 1
Murid dapat meneliti bahan / maklumat yang pelbagai yang diberi.

Band 2
Murid dapat meneliti dan memahami bahan / maklumat yang pelbagai yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 3
Murid dapat memadankan maklumat yang pelbagai berdasarkan bahan yang diberi dengan bimbingan guru.

Band 4
Murid dapat menyusun maklumat yang pelbagai berdasarkan bahan yang diberi dengan betul.

Band 5
Murid dapat menulis maklumat yang pelbagai mengikut urutan berdasarkan bahan yang diberi dengan betul.

Band 6
Murid dapat menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun.


3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.



3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul.

Band 1
Murid dapat meneliti gambar yang diberi.

Band 2
Murid dapat meneliti dan memahami gambar yang diberi.

Band 3
Murid dapat melengkapkan ayat tunggal dengan bimbingan guru.

Band 4
Murid dapat membina ayat tunggal dengan bimbingan guru.

Band 5
Murid dapat menyusun ayat-ayat untuk menghasilkan sebuah karangan.

Band 6
Murid dapat menulis ayat-ayat untuk menghasilkan sebuah karangan.

No comments:

Post a Comment