Saturday, 28 July 2012

Band-Band Pentaksiran V




5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.



5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.

Band 1
Murid dapat mendengar contoh kata nama am yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula kata nama am yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut kata nama am berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut kata nama am berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat melengkapkan ayat dengan kata nama am.

Band 6
Murid dapat memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.


5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.




Band 1
Murid dapat mendengar contoh kata nama khas yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula kata nama khas yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut kata nama khas berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut kata nama khas berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat melengkapkan ayat dengan kata nama khas.
Band 6
Murid dapat memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.


5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam pelbagai konteks dengan betul.

Band 1
Murid dapat mendengar contoh kata ganti nama diri pertama dan kedua yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula kata ganti nama diri pertama dan kedua yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut kata ganti nama diri pertama dan kedua berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut kata ganti nama diri pertama dan kedua berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat melengkapkan ayat dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Band 6
Murid dapat memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua yang mudah dengan betul mengikut konteks.

                 
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.

Band 1
Murid dapat mendengar contoh kata kerja yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula kata kerja yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut kata kerja berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut kata kerja berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat melengkapkan ayat dengan kata kerja.

Band 6
Murid dapat memahami dan menggunakan kata kerja yang mudah dengan betul mengikut konteks.


5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.


Band 1
Murid dapat mendengar contoh kata adjektif warna yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula kata adjektif   warna yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut kata adjektif warna berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut kata adjektif warna berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat melengkapkan ayat dengan kata adjektif warna.

Band 6
Murid dapat memahami dan menggunakan kata adjektif warna yang mudah dengan betul mengikut konteks.


5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah dengan betul mengikut konteks.


Band 1
Murid dapat mendengar contoh kata hubung yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula kata hubung yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut kata hubung berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut kata hubung berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat melengkapkan ayat dengan kata hubung.

Band 6
Murid dapat memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah dengan betul mengikut konteks.


5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul.
Band 1
Murid dapat mendengar contoh kata tanya yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula kata tanya yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut kata tanya berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut kata tanya berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat melengkapkan ayat dengan kata tanya.

Band 6
Murid dapat memahami dan menggunakan kata tanya yang mudah dengan betul mengikut konteks.


5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.



5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.

Band 1
Murid dapat membaca perkataan berdasarkan kad perkataan yang diberi.

Band 2
Murid dapat memadankan kad perkataan berimbuhan awalan atau akhiran dengan gambar yang diberi.

Band 3
Murid dapat mewarnakan imbuhan awalan atau akhiran daripada perkataan.

Band 4
Murid dapat memadankan kata dasar dengan imbuhan awalan atau akhiran.                                                                                     

Band 5
Murid dapat memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks dengan bimbingan guru.

Band 6

5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.



5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK dengan betul dalam pelbagai situasi.



Band 1
Murid dapat menyebut frasa nama dan frasa kerja berdasarkan gambar.

Band 2
Murid dapat memadankan FN + FN atau FN + FK berdasarkan gambar untuk membentuk ayat dengan bimbingan guru.

Band 3
Murid dapat memadankan FN + FN dan FN + FK berdasarkan gambar untuk membentuk ayat dengan bimbingan guru.

Band 4
Murid dapat memadankan FN + FN dan FN + FK berdasarkan gambar untuk membentuk ayat.

Band 5
Murid dapat memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK berdasarkan gambar.

Band 6
Murid dapat memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK dengan betul dalam pelbagai situasi.


No comments:

Post a Comment