Saturday, 28 July 2012

Band-Band Pentaksiran I

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Band-Band Pentaksiran
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Band-Band Pentaksiran


1.1 Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran.



1.1.1 Mendengar dan mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.

Band 1
Murid dapat mendengar bunyi yang diberi.

Band 2
Murid dapat mendengar dan mengecam bunyi yang diberi.

Band 3
Murid dapat mendengar, mengecam dan mewarnakan gambar mengikut bunyi yang diberi.

Band 4
Murid dapat mendengar, mengecam dan mewarna gambar mengikut bunyi yang diberi dengan kemas.

Band 5

Band 6
Murid dapat mendengar, mengecam dan mewarna gambar mengikut bunyi yang diberi dengan kemas dan teliti dan sempurna.


1.1.2 Mendengar, mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul.



                 
Band 1
Murid dapat mendengar bunyi yang diberi.

Band 2
Murid dapat mendengar dan mengecam bunyi yang diberi.

Band 3
Murid dapat mendengar, mengecam dan mengajuk bunyi yang diberi.

Band 4
Murid dapat mendengar, mengecam dan mengajuk bunyi yang diberi dengan betul.

Band 5
Murid dapat mendengar, mengecam dan mengajuk bunyi lain yang diketahui oleh mereka dalam kumpulan.

Band 6
Murid dapat membimbing rakan dalam kumpulan untuk mengajuk bunyi yang diberi dengan betul.


1.1.3 Mendengar dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan betul.

Band 1
Murid dapat mengecam arahan yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyatakan nama arah yang ditunjukkan oleh guru.

Band 3
Murid dapat melakukan pergerakan mengikut arahan guru.

Band 4
Murid dapat melakukan pergerakan mengikut arahan guru dengan teratur.

Band 5
Murid dapat mendengar, mengecam dan menentukan arah bunyi dengan betul.

Band 6
Murid dapat mendengar, mengecam dan menentukan arah bunyi dengan betul serta menamakan bunyi yang didengari.


1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.



1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat.



Band 1
Murid dapat mendengar bunyi abjad yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mendengar dan mengecam abjad yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat mendengar dan menyebut nama abjad dengan betul.

Band 4
Murid dapat mendengar dan membentuk abjad dengan jari.

Band 5
Murid dapat mendengar, menyebut dan membentuk abjad dengan jari.

Band 6
Murid dapat mendengar, menyebut dan membentuk abjad dengan jari mengikut arah yang betul.


1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat.
Band 1
Murid dapat mendengar bunyi vokal yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mendengar dan menyebut vokal mengikut guru.

Band 3
Murid dapat menyebut bunyi a,e,i,o,u dengan betul.

Band 4
Murid dapat membunyikan suku kata terbuka KV gabungan huruf kosonan dengan huruf vokal (a,e,i) dengan betul.

Band 5
Murid dapat membunyikan suku kata terbuka KV gabungan huruf kosonan dengan huruf vokal (a,e,i,o) dengan betul.

Band 6
Murid dapat membunyikan suku kata terbuka KV gabungan huruf kosonan dengan huruf vokal (a,e,i,o,u) dengan betul.


1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.



Band 1
Murid dapat mendengar bunyi vokal dan suku kata tertutup yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mendengar bunyi vokal dan suku kata tertutup yang disebut oleh guru serta menyebut vokal dan suku kata tertutup mengikut guru.

Band 3
Murid dapat menyebut bunyi vocal dan suku katat tertutup (KVK).

Band 4
Murid dapat mencari suku kata tertutup yang disebut oleh guru.

Band 5
Murid dapat mencari suku kata tertutup yang disebut oleh guru dan mengeja suku kata dengan betul.

Band 6
Murid dapat mencari suku kata tertutup yang disebut oleh guru dan mengeja suku kata dengan betul serta memadankan suku kata tertutup dan mengejakan perkataan tersebut dengan betul.


1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.


Band 1
Murid dapat mendengar suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mendengar dan mengikut suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat mengatakan bilangan suku kata berpandukan perkataan yang disebut oleh guru.

Band 4
Murid dapat membezakan suku kata terbuka dan tertutup.

Band 5
Murid dapat menggabungkan suku kata terbuka dan tertutup bagi membentukkan perkataan.

Band 6
Murid dapatmencari, menggabung, menggaris dan mengeja suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.


1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.

Band 1
Murid dapat mendengar suku kata, diftong, vokal berganding, digraf yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat mendengar dan menyebut mengikut guru suku kata, diftong, vokal berganding, digraf yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyatakan bilangan suku kata berpandukan perkataan yang disebut oleh guru.

Band 4
Murida dapat menggaris suku kata diftong, vocal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.

Band 5
Murid dapat memadankan suku kata bagi membentuk perkataan.

Band 6
Murid dapat mencari, menggabung, menggaris dan mengeja perkataan dengan betul.


 1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.

Band 1
Murid dapat mendengar contoh frasa dan ayat tunggal yang disebut oleh guru.

Band 2
Murid dapat menyebut semula frasa yang disebut oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyebut frasa berpandukan gambar.

Band 4
Murid dapat menyebut frasa berpandukan persekitaran mereka.

Band 5
Murid dapat menyusun perkataan bagi membentuk frasa.

Band 6
Murid dapat menyusun perkataan bagi membentuk frasa dan membentuk ayat tunggal.


1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.



1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul.


Band 1
Murid mendengar arahan yang diberi oleh guru.

Band 2
Murid mendengar dan mengikut arahan guru.

Band 3
Murid dapat bertindak balas mengikut arahan yang diberi.

Band 4
Murid dapat menyatakan bentuk pergerakan yang dilakukan dengan betul.
Band 5
Murid dapat menyebut sambil melakukan pergerakan dengan betul.

Band 6
Murid dapat mendengar, melakukan pergerakan dan menyatakan secara lisan bentuk pergerakan yang dibuat dengan betul.


1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu.
Band 1
Murid mendengar contoh-contoh soalan bertumpu yang diberi oleh guru.

Band 2
Murid dapat memahami penggunaan kata tanya.

Band 3
Murid dapat menggunakan kata tanya untuk menyoal secara lisan.

Band 4
Murid dapat memberikan jawapan pada setiap soalan bnertumpu yang diberi dengan betul.

Band 5
Murid dapt member respons yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan.

Band 6
Murid dapat mendengar dan mengecam intonasi dalam soalan berkata tanya.


1.3.3 Mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku yang betul


Band 1
Murid dapat mendengar arahan dan pesanan yang diberi oleh guru.

Band 2
Murid dapat memahami contoh-contoh ayat pesanan yang diberi oleh guru.

Band 3
Murid dapat menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.

Band 4
Murid dapat mendengar, menerima dan melaksanakan pesanan dengan betul.

Band 5
Murid dapat melafazkan dialog yang diberi mengikut intonasi yang betul.

Band 6
Murid dapat menyalurkan arahan serta pesanan yang diterima kepada orang lain dengan jelas.

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.



1.4.1 Bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila.


Band 1
Murid dapat menyatakan tajuk cerita yang pernah dibaca.

Band 2
Murid dapat menyatakan watak-watak dalam cerita yang pernah dibaca.

Band 3
Murid dapat memahami jalan cerita yang pernah dibaca.

Band 4
Murid dapat menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita yang dibaca.

Band 5
Murid dapat menyampaikan cerita menggunakan diksi yang telah dipilih.

Band 6
Murid dapat membuat andaian pengakhiran cerita jika watak utama bertukar peranan.


1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi ahli keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Band 1
Murid dapat berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

Band 2
Murid dapat menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai berdasarkan gambar.

Band 3
Murid dapat menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai dalam perbualan.

Band 4
Murid dapat menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Band 5
Murid dapat melafazkan perbualan dengan intonasi yang betul.
Band 6
Murid dapat menukar cakap pindah kepada cakap ajuk.

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Band 1
Murid dapat berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

Band 2
Murid dapat menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua yang sesuai berdasarkan gambar.

Band 3
Murid dapat menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua yang sesuai dalam perbualan.

Band 4
Murid dapat menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Band 5
Murid dapat melafazkan perbualan dengan intonasi yang betul.
Band 6
Murid dapat menukar cakap pindah kepada cakap ajuk.

1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Band 1
Murid dapat menceritakan berdasarkan gambar.

Band 2
Murid dapat memilih serta menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.

Band 3
Murid dapat menggunakan mimik muka yang sesuai semasa mengemukakan permintaan.

Band 4
Murid dapat membuat simulasi untuk mengajukan hasrat dengan ungkapan yang sesuai.

Band 5
Murid dapat menyatakan sebab dan akibat untuk menyokong sesuatu permintaan.

Band 6
Murid dapat menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatrkan permintaan.


1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.




1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

Band 1
Murid dapat menceritakan berdasarkan gambar dengan tepat.

Band 2
Murid dapat bercerita tentang tempat menarik yang pernah dikunjungi.

Band 3
Murid dapat menyatakan tempat yang ingin dilawati.

Band 4
Murid dapat menjawab soalan berdasarkan gambar.

Band 5
Murid dapat bercerita berdasarkan gambar dengan menggunakan ayat tunggal.

Band 6
Murid dapat mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dalam lakonan.

                 
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.

Band 1
Murid dapat mendengar sebuah cerita/ dialog/ petikan/ berita.

Band 2
Murid dapat menjawab soalan berdasarkan cerita yang didengar.

Band 3
Murid dapat membina ayat berpandukan perkataan yang diberi.

Band 4
Murid dapat susun jalan cerita mengikut urutan. 

Band 5
Murid dapat menceritakan semula secara lisan.

Band 6
Murid dapat menceritakan semula dengan ayat yang lengkap secara lisan dengan intonasi yang betul.

No comments:

Post a Comment